Wednesday, 22 April 2020

Pelancongan ke negara Jepun

Jepun merupakan sebuah tempat yang bersih dan terkenal dengan kemajuan teknologi mereka. Selain itu, Jepun juga empunhai banyak pemandangan yang Indah dengan pokok bunganya seperti pokok Sakura. Negara ini juga ada banyak makanan yang enak unduk dimakan.

Pada minggu yang lepas, keluarga saya dan saya telah pergi melancong ke negara Jepun. Kami telah tiba ke destinasi kami, iaitu Hokkaido, dengan menaiki kapal terbang yang besar. Pramugari yang bekerja di dalam kapal terbang itu sangat mengambil berat dengan keselamatan kita semua di dalam kapal terbang.

Semasa kami telah tiba ke Hokkaido, kami sekeluarga telah pergi ke restoran yang terkenal di sana. Makanan-makanan yang boleh didapati di sana ialah sushi, ramen, nasi kari jepun dan sebagainya. Selain itu, pelayan di sana juga sangat bersopan-santun. Kemudian, kami sekeluarga telah pergi melawat ke muzium negara di Hokkaido dan dengannya kami telah belajar banyak tentang perang dunia kedua. Saya telah berasa sangat percaya dengan pemeriksaan sejarah saya yang akan datang.
Kecuali itu, pekerja di dalam muzdum itu telah mengadakan sebuah majlis tentang tarian tradisional Jepun. Penari-penari di atas sebuah pentas telah menari dengan anggun. Sushi Rolls (Maki Sushi - Hosomaki) 細巻き • Just One Cookbook

Pada hari akhir di sana, keluarga saya dan saya telah melawat Gunung Fuji di Tokyo. Cuaca di sana amat sejuk tetapi suasana di sana merupakan riuh-rendah kerana ada ramai orang pelancong juga di sana. Saya telah dapat menikmati pemandangan yang cantik di sana! Saya tidak akan melupakan tentang pengalaman ini.
Climbing Mount Fuji
Pelancongan saya ke Jepun memang ialah sesuatu pengalaman yang saya tidak akan melupakan kerana saya telah menikmati dan belajar tentang negara ini. Pada pendapat saya, teknologi di sana yang saya sangat suka ialah mesin tandas mereka kerana ia sangat menarik! Pada masa depan, saya pasti saya akan melawat ke negara Jepun dengan keluarga saya lagi kerana kami sangat menghargai masa kami dengan keluarga kami. Oleh sebab itu, hubungan kami sekeluarga seperti air dicincang tidak akan putus.
Happy family cartoon Royalty Free Vector Image